Friday 27 January 2012

just a random stuff : social network for gays

lately ive been joining the social network for gays. there are many of the website, you guys can just google it and find it out yourself.
and that was really fun though. I get to know many people, mostly from local area, and some of them are from ausie, US.
some of them are dying to meet me. keep texting (as i give them my phone number) asking for a little fun. But i am so damn scared to do that. agreed to meet them is REALLY HUGE. if i go and have fun with them, that will become my history. One day maybe if i have a child, i will tell them this stupid story of me being gay. I dont want that to happen. I know thats a mistake. I dont wanna do that mistake. Its OK if i just get to know people and have a chit chat, flirting.Thats just OK.

i use my own images. but i edit it pretty well that nobody can even spot me if they happen to see me in a real world. (social network is a virtual world if u have forgotten).
when i get a number of hits from people in this very social network, i start to feel that i have something, i mean something to those gay people. they like me. I start to really appreciate myself.

Thats what brings me to take care of how i look. How do i wear. What do i wear. And stuff like that, is really matter to me now. This is kind of a new year resolution to me : be good looking and smart. Before this, i dont care how the hell do i look. I never know how to get a hairDO. That is the change i need to make this year.

How do i do that?

1. i have watched lots of tutorial in the youtube. A lot of things i have learn for the past couple of weeks. Fasion, haiystyle, skin care, and even makeups.

2. I have bought myself rm308 total of hairdryer and hair straightener. I have learn how to use that, and i hope i will become a pro in a few weeks time.HAHA

3. I even have make a hairstyle of my own. I like it. It smart and clean. I even look more handsome than i used to be. yes, seriusly. When i go to shop or kedai makan, most eyes is looking at me. Maybe I am just "perasan", but the cashier who never smile at me, just now HE smile and his eyes just stare at me. that also happen to the kakak in my favorite kedai makan, and some nurses happen to eat in front of me. Before this, nobody even look at me, but today, somebody are. So i will wait, what my friends would say, if thats positive, i will just stay with this hairstyle.

4. I have spent nearly rm80 just for my hair product. Mostly i followed the tutorial in the youtube.

5. I will make a few changes. in my life. But lets just start with hair first. After i love this hair, and know how to manage this, then only i will go for facial care and fitness.

6. For diet. I normally eat rubbish (not literally of course). I am not fat, and im not too thin either. so what i planning to do with my diet is that, i will take care of my daily calories intake. So that i am not getting fat. I have a prominent jawline, if i am too fat, it is not good, my face will become really big. i dont want that to happen. So i will just eat smaller meal, but take it more often.

I hope all of these planning i made will gonna work. By the end of this year, I will become attractive as i used to be when i was in secondary school. I HOPE.

lets make a better US everyone, shall we?

Saturday 7 January 2012

aku dan asrama : bagaimana aku mula minat lelaki?





Bagaimana aku mula terjebak dengan 'gay'? Ini soalan paling mustahak yang perlu aku jelaskan dalam blog ni. Perlu diingatkan aku tak pernah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti "gay" atau sewaktu dengan nya. Aku cuma memiliki perasaan terhadap lelaki, dan sekarang aku dah tiada nafsu terhadap kaum wanita. Dan ini adalah perkara rahsia. Cuma aku dan Allah yang tahu. Sungguhpun aku sekarang sudah memiliki awek. ;)


baik, kita mulakan?


aku mula meminati lelaki apabila aku masuk ke sekolah berasrama penuh. aku masuk form 1. Aku budak panadai. Masa zaman aku dulu, tak ramai sangat dapat UPSR 5A. dulu aku dapat 4A1B ja, tu pun dah dikira gempak dah. Aku memang nak masuk sekolah berasrama, nak ikut jejak langkah abang aku. Bagi aku, masuk sekolah Asrama ni kira grand la. Tambah-tambah sekolah tu memang terkenal kat Malaysia. Siapa tak nak kan? Jadi berbekalkan result UPSR yang tak seberapa tu, Alhamdulillah, dapat jugak aku masuk sekolah tu.


Sekolah ni campur lelaki dan perempuan.
Mula-mula aku masuk sekolah tu. Aku agak popular. Tambah-tambah aku masuk sekolah tu 2 bulan lebih lambat. Dan aku ada abang. Abang aku hensem. So, kalau korang dapat tahu, dia ada adik, ofkoz korang nak tengok kan muka adik dia macam mana. Jadi memang dapat attention jugak lah.


Masih ingat lagi, Abang aku, sebelum aku masuk sekolah tu. Dia pernah cakap "ko kalau masuk sekolah aku, confirm ramai orang amek ko jadi adik angkat. Ngko jambu". Sebab abang aku sendiri pun ramai yang amek dia jadik adik angkat. (main angkat-angkat ni dulu best jugak ea)


memandangkan aku masuk lambat, kawan-kawan satu batch dengan aku semua pun ramah. Diorg baik gila. Diorg ajak main bola. Aku ada kawan aku sendiri. kitorg kawan dari sekolah lama. so memang boleh adapt cepat jugak lah masa tu.


Seawal aku masuk sekolah ni, aku cuba belajar bawak diri sendiri. Aku suka tengok senior-senior lelaki yang hensem. pada mulanya, aku cuma menjadikan diorg contoh. Apa yang diorang pakai. Macamana diorg bergaul. Semua tu aku jadikan contoh. Tetapi cuma senior yang memiliki paras sahaja yang aku tiru. Memandangkan aku cuma suka melihat mereka sekadar untuk dijadikan contoh, maka, perkara ini sihat lah, perkara ni hermless dan tak salah. Jadi aku terus-terus suka memandang mereka (curi-curi). Kalau diorg lalu, aku akan perhatikan.


Ada dalam 3-4 senior yang aku selalu usha. Apa beg yang diorg guna, aku pun nak beli jugak. Tapi beli yang jenis lain la, tak lah sejibik sejiban. Kalau tak obvious gilee kot. Haha Cara diorg solat, aku tiru jugak. Haha..bodoh kan aku dulu. tapi aku rasa tak siapa perasan. Sebab ni aku sorang je tahu. Aku tak bagi tahu siapa-siapa.


Thats how things starts. sangat harmless kan?


Sekolah aku tu, asrama lelaki ada 5 block. Dua tingkat setiap block. Satu batch duduk satu block. Jadi masa aku form one, aku duduk diantara block budak form 2 dengan form 5.


Dari tingkap bilik aku, boleh pandang terus ke ampaian budak form 5. Diorang kalau basuh baju selalu tak pakai baju. cuma bertuala. Jadi bila menjemur pakaian pun diorg shirtless. Aku pernah curik pandang sorang senior ni. Dia Handsome. Tapi aku tak suka sangat dengan dia, sebab dia garang sangat. Masa weekend tu aku sorang-sorang kat bilik tengah duduk atas katil. tetiba terpandang dia tak pakai baju, bawak baldi nak jemur pakaian. Badan dia basah. Badan dia sexy. Tapi taklah ketul-ketul. Tough la. Dia pun main rugbi kan. seems takda orang, aku usha lah badan dia lebih sikit. Dia tak nampak aku sebab tingkap bilik aku gelap sikit.


Satu lagi senior form 5 ni, badan dia tough giler, serius berketul-ketul. Dari bilik pantri aku, boleh nampak terus gi bilik pantri budak form 5. Memang open lah. Aku dia selalu basuh baju kat situ, dan mandi sekali. Kalau takda orang, aku curik-curik usha lama-lama sikit. Pura-pura la nak basuh tangan ka. Nak carik something ka. Tapi dia memang tak perasan langsung. Haha. sebab jauh jugak kan. Dalam hati aku kata "kalaulah aku ada badan macamtu, huishh..". Jadi bila aku dah cakap macamtu, aku ingat benda ni harmless taw x. tak sangka boleh bawak aku jadi gay. eniway, sapa2 ada badan 6th pack memang attractive. Lelaki straight pun boleh ter'jadi' gay few seconds.haha


Depan blok hostel aku, blok budak form 2. Jugak ada dua tiga senior yang badan boleh tahan. Jadi diorg lah yang aku selalu usha. Dari sini aku belajar usha orang without orang lain tahu. Aku just pandang, buat2 slumber, pastu pandang lagi kalau takda orang. Memang expert lah.


Bila dah naik jadi senior. Aku suka tengok yang comel-comel. But it was just still harmless. Just suka tengok. Eniway, kalau ada muka yang comel2 semua orang pun suka tengok. betul x?


Korang mungkin tertanya, kalau aku tahu yang aku tertarik dengan lelaki, kenapa aku tidak buat sesuatu untuk mengubah keadaan? mengubah diri sendiri supaya tak terus jatuh kelembah gay?
Sebab masa aku form 1, form 2, form 3, aku keep on falling in love. Ada je junior perempuan yang aku suka. Tapi aku tak berani nak approach. Sebab warden sekolah aku tu garang. Kalau dia tahu mana-mana budak bercinta, habis satu sekolah dia mengamuk. Aku dan budak perempuan tu sekali dia AIM. Kegiatan koko sekolah aku terus kena halang. Tak boleh nak wakil sekolah lah bagai. Sebab tu aku just minat-minat macam tu ja. Aku mintak kawan perempuan kelas aku tolong aku connect2 dengan budak perempuan tu, tapi entah, kawan aku tu tak reti kot nak buat benda ni. dia cakap nak tolong, tapiii... x jadi apa2 pun. hahahaha
Bila aku dah masuk form 3, 4, 5. Ada juniors yg belanja air tin. Air tin justea kat sekolah aku tu kira yang paling mahal la. Kalau nak pergi kelas prep, kadang2 ada something atas meja. hadiah lah. Aku rasa best jugak dapat attention dr junior. some of them aku buat kawan sampai sekarang. Aku akan ceritakan satu satu kisah diorang nanti. Kalau tak, lari dari tajuk sangat la nanti.


Bila aku form 5, aku pegang jawatan ahli surau sekolah. Aku handle budak-budak junior lah. Jadi aku agak terkenal la untuk diorg. Dan harus lah diorg kenal aku kan. Tambah-tambah aku memang pegang banyak jawatan kat sekolah, MPP aku ada 4 jawatan. Kecuali Pengawas je aku tak amek, yang lain semua aku pegang. Bukan gila kuasa. Dah dibagi, aku pegang je la kan. Bukan susah pun, tambah-tambah akademik aku  top 15 dalam batch tu dah cukup da, aku bukan nya rajin study sangat. Aku rapat dengan sorang budak form 1 ni, dia budak sekolah rendah aku dulu. Aku amek dia jadi adik angkat. Tapi aku tak pernah ada nafsu dengan dia. Satunya dia masih kecik lagi, form 1 kot. Aku just anggap dia sebagai adik. tak lebih. Tapi hal ini sedikit sebanyak pengaruh aku.


Dari masa aku form 3-4 aku ada termimpi waktu malam. Peliknya aku main sex dengan kawan aku sendiri. Aku tak pernah terfikir pasal dia. Dia tak lah jambu sangat. Dan jugak taklah hensem. senang cite dia biasa je. Badan pun lebih kurang macam aku, kurus, tapi tak la melidi. kitorg buat kat toilet. Aku tengah duduk kat riba dia sambil peluk dia. takda pulak aku masukkan penis dia masuk ehem ehem aku. tapi bangun pagi tu seluar aku jadik basah. Lepas dari mimpi tu, aku lebih kurang ada crush dengan dia pulak. Tapi aku keep on denying. Aku still fikir aku bukan gay. Aku ada still ada hati kat perempuan. Aku ada ramai junior minat kat aku, someone will become my girlfriend someday. Deny. Deny. Deny. Padahal, masa tu aku memang dah ada perasaan kat laki dan perempuan ada masa yang sama.


MAsa aku form 3 jugak aku ada best friend. Kitorg sangat rapat sampai kitorg pegi mana2 pun bersama. Memang besties gila lah. dia tak comel pun, kulit gelap sikit. tapi badan dia nak banding dengan aku, dia lagi hot lah. Sampai satu malam tu, aku tengah tido. Malam tu hujan lebat gila, petir guruh bagai. Tiba tiba dia kejutkan aku malam tu. Aku hairan lah. Apa pulak mamat ni kan. Dia kata dia sorang kat bilik. roomate dia yang lain semua entah kat mana. Jadi dia takut tido sorang2. Dia nak tido dengan aku. Aku kesian lak dengan dia. Aku suruh la dia tido kat sebelah. Badan aku kecik ja. Nak bagi dia tido skalai kat katil aku tu muat. Aku ngantuk sangat sampai aku tido sampai pagi. sakit jugak lah badan ni nak share katil dengan orang. tapi kawan punya pasal kan. Aku hairan, apa yang dia takut sangat sampai nak tido skali dengan aku?. setahu aku, nak dibanding dengan dia, aku lagi penakut. Aku just anggap baik. tapi macamana kalau dia memang ada niat sesuatu. sebab, apa yang dia nak takutkan???? apapun, takda apa yang terjadi malam tu. Nasib baik aku ngantuk gila, kalau ikut nafsu sekarang, aku nak rasa peluk je dia sekarang. Badan dia pun boleh tahan do.




Aku mula yakin yang aku gay bila aku dah habis sekolah. Aku dah takda minat dengan perempuan. Kalau aku gi online ke apa, aku tak pernah nak google gambar perempuan ke apa. Kalau aku tengok porn pun, aku lebih fokus kat lelaki. Aku tak kisah rupa perempuan tu macamana, tapi lelaki yang aku pertikaikan. Aku tak pernah ceritakan kat sapa-sapa aku tengok porn. Bila aku taip pasal benda ni sekarang aku rasa sangat awkward. haihh.. Kawan-kawan aku semua anggap aku budak baik. walaupun tak la baik sangat. haha




Thats how me turning into gay. Internet yang buat aku yakin, ya aku lebih minat lelaki daripada perempuan. Bermula dengan suka tengok lelaki, its very harmless, so aku biarkan diri aku begini. Sedikit demi sedikit, lama-lama aku jadi suka terhadap lelaki. Dan memiliki keinginan sex terhadap kaum sejenis. Benda ni jadik tanpa aku perasan. Tahu-tahu, ehhh aku gay rupanya. Tuhan dah ciptakan kita dengan lumrah kejadian, dari kecik, aku memang sukakan perempuan, aku suka payudara, even aku dah jatuh cinta banyak kali. Aku selalu berdebar tengok perempuan. Aku pernah stim tengok kawan kelas aku. Tapi semua ni sedikit demi sedikit diambil alih oleh kaum sejenis. Aku mula jadi Gay.












.....

Pengenalan : gulungan kisah kehidupan



sememangnya manusia dilahirkan kemuka bumi ini, mereka ibarat kain putih suci bersih. Tiada cacat cela, tiada kekotoran.
Begitulah manusia. seawal kehidupan mereka, mereka lahir dengan LUMRAH.
Lumrah kejadian Ilahi.


Lumrah sebagai lelaki. Dimana, suatu masa, mereka akan memiliki nafsu terhadap perempuan. Itulah Lumrah.
aku seringkali mengeluh, kalaulah kembali kepada lumrah kejadian manusia begitu mudah. sememangnya aku akan berubah.


Aku adalah gay. tiada siapa pun tahu kecuali ALLAH.
Sebolehnya aku ingin mencari semangat untuk tidak memilih jalan Songsang. Aku inginkan keluarga. Aku sangat mengharapkan mungkin ada pembaca yang mampu memberikan aku kata-kata semangat.




Aku memiliki nafsu terhadap perempuan sejak berusia 12 tahun. Dulunya aku gemar melihat payudara perempuan. Seringkali aku meminjam majalah-majalah yang kakak aku selalu beli. Didalamnya terdapat iklan untuk membesarkan payudara. ohhhh.. itu yang aku selalu curi2 tengok lama2.hehe




Dari meningkat baligh pada usia 12 tahun, hati ini dah pandai jatuh cinta. Bila tengok perempuan yang aku suka, aku dah mula berdebar. Itu lah Lumrah. Lumrah kejadian aku sebagai lelaki. Dari kecil aku bukan gay. Aku memiliki keinginan terhadap perempuan. Aku suka perempuan.




Namun, bagaimana aku mula memiliki perasaan terhadap lelaki? Macamana perasaan dan keinginan terhadap kaum sejenis ini boleh wujud? Ini yang aku nak kongsikan dalam blog ni. Dan Ini yang akan aku cuba kupas sedikit demi sedikit.


Aku mula memiliki perasaan terhadap lelaki, apabila aku masuk sekolah berasrama. Padamulanya aku cuma fikir perkara ini naif, aku masih mentah, tak tahu apa, aku cuma biarkan diri aku melihat lelaki. Dibilik mandi, melihat badan-badan senior. Aku fikir perkara ini "do not harm me". Perkara ini sedikit demi sedikit meracuni fikiran aku, pada akhirnya, aku mulai suka terhadap lelaki. Dan yang lebih menyedikan, perasaan aku terhadap perempuan mulai hilang.


Dulunya aku suka perempuan. Tapi dalam masa tidak lebih 10 tahun sahaja, perasaan itu hilang. Sedikit demi sedikit. dan pada akhirnya, kini aku tiada nafsu terhadap perempuan. Walaupun sekarang saya sudah memiliki kekasih.


Menurusi blog ini, saya akan kongsikan


1. beberapa perempuan yang pernah saya minat dahulunya. #aku pernah minat perempuan


2. kisah di sekolah asrama. #aku dan asrama


3. Bagaimana saya berdepan dengan my girlfriend. #aku dan Dia














.......

Friday 6 January 2012

mukadimah perkenalan

sesekali dalam langkah aku meneruskan kehidupan. ada terdetik kiranya aku mampu memutarkan kembali masa. Kembali kepada awal kehidupan. dan mengubah segala apa yang perlu. supaya pabila dewasa aku tidak menjadi gay.


ya aku keliru. aku seorang lelaki. dan aku memiliki nafsu terhadap lelaki.
dan ini adalah rahsia. tak ada sesiapa yang perlu tahu. kerana aku rasa, adalah lebih baik perkara ini, hanya aku yang tahu.






sedikit sebanyak berkanaan diri ini


1. Nama : Pujangga (bukan nama sebenar, sudah pasti)


2. Umur : masih lagi 21 tahun.


3. Pekerjaan : Penuntut Universiti.


4. Anak Bongsu


5. Rajin study. from the word i use, obviously im a nerd


6. Suka tidur.


7. yup, dah ada girlfriend (shes the best i can ever had, later i will talk about her ok)


8. My looking : Some compare me to the smile of Edward cullen. Then some teachers kata "you remind me of Anuar Zain". When i was in boarding school, the seniors fight to get be to be their "adik angkat". Masa masih buat foundation, the girls said, im the most handsome guy in the class. but now im in university, there even more chinese in my class, so of course Im kalah to those guy larh. I AM NOT BRAGGING ABOUT MYSELF. seems that you dont know me AT ALL. So, im just giving you what people say about me. And when they say that, I AM BLUSHED EVERYTIME.




Aku sebenarnya pernah memiliki blog. dan berpengalaman menulis blog sejak tahun 2008. Jugak terlibat secara langsung dalam mengendalikan portal ilmiah berkenaan perubatan. Manakala blog ini aku.pujangga.keliru secara peribadi, aku buat untuk meluahkan separuh hati ini yang takda siapa tahu.








Kenapa Perlunya aku buat Blog ni?


seawal mukadimah, aku dah katakan yang aku mahu perkara ini biar menjadi rahsia. tak ada siapa perlu tahu. dan tiada kepentingan pun mereka tahu. Jadi blog ini aku mahu jadikan platform untuk berkongsi pendapat tentang kekeliruan yang aku ada, without you guys ever know me. Dan aku pasti ramai lagi lelaki yang jugak menghadapi hal yang sama. Mereka gay, memiliki nafsu terhadap lelaki, tetapi lantaran perkara ini tidak sihat dan memalukan, maka perkara ini terus menjadi rahsia agung. Disini, Blog ini, korang boleh kongsikan kata-kata dan pengalaman korang. (you guys can appear anonymous, really need your comment).


kenapa aku begitu yakin ramai lagi yang "cover", berlagak straight, tetapi hati sedang memerhatikan lelaki lain. Sebab, dalam kelas aku sahaja, aku dapat tahu, lebih daripada separuh adalah gay. Daripada bilangan separuh itu, separuh bersikap terbuka (lembut dan openly talk about lelaki), manakala separuh lagi berlagak straight (macam aku). Macamana aku boleh tahu? Panjang ceritanya, tetapi hal ini adalah pasti.








next post : Kisah aku. Dulu-sekarang-kemudian. (sila klik tajuk ini)