Friday 6 January 2012

mukadimah perkenalan

sesekali dalam langkah aku meneruskan kehidupan. ada terdetik kiranya aku mampu memutarkan kembali masa. Kembali kepada awal kehidupan. dan mengubah segala apa yang perlu. supaya pabila dewasa aku tidak menjadi gay.


ya aku keliru. aku seorang lelaki. dan aku memiliki nafsu terhadap lelaki.
dan ini adalah rahsia. tak ada sesiapa yang perlu tahu. kerana aku rasa, adalah lebih baik perkara ini, hanya aku yang tahu.






sedikit sebanyak berkanaan diri ini


1. Nama : Pujangga (bukan nama sebenar, sudah pasti)


2. Umur : masih lagi 21 tahun.


3. Pekerjaan : Penuntut Universiti.


4. Anak Bongsu


5. Rajin study. from the word i use, obviously im a nerd


6. Suka tidur.


7. yup, dah ada girlfriend (shes the best i can ever had, later i will talk about her ok)


8. My looking : Some compare me to the smile of Edward cullen. Then some teachers kata "you remind me of Anuar Zain". When i was in boarding school, the seniors fight to get be to be their "adik angkat". Masa masih buat foundation, the girls said, im the most handsome guy in the class. but now im in university, there even more chinese in my class, so of course Im kalah to those guy larh. I AM NOT BRAGGING ABOUT MYSELF. seems that you dont know me AT ALL. So, im just giving you what people say about me. And when they say that, I AM BLUSHED EVERYTIME.




Aku sebenarnya pernah memiliki blog. dan berpengalaman menulis blog sejak tahun 2008. Jugak terlibat secara langsung dalam mengendalikan portal ilmiah berkenaan perubatan. Manakala blog ini aku.pujangga.keliru secara peribadi, aku buat untuk meluahkan separuh hati ini yang takda siapa tahu.








Kenapa Perlunya aku buat Blog ni?


seawal mukadimah, aku dah katakan yang aku mahu perkara ini biar menjadi rahsia. tak ada siapa perlu tahu. dan tiada kepentingan pun mereka tahu. Jadi blog ini aku mahu jadikan platform untuk berkongsi pendapat tentang kekeliruan yang aku ada, without you guys ever know me. Dan aku pasti ramai lagi lelaki yang jugak menghadapi hal yang sama. Mereka gay, memiliki nafsu terhadap lelaki, tetapi lantaran perkara ini tidak sihat dan memalukan, maka perkara ini terus menjadi rahsia agung. Disini, Blog ini, korang boleh kongsikan kata-kata dan pengalaman korang. (you guys can appear anonymous, really need your comment).


kenapa aku begitu yakin ramai lagi yang "cover", berlagak straight, tetapi hati sedang memerhatikan lelaki lain. Sebab, dalam kelas aku sahaja, aku dapat tahu, lebih daripada separuh adalah gay. Daripada bilangan separuh itu, separuh bersikap terbuka (lembut dan openly talk about lelaki), manakala separuh lagi berlagak straight (macam aku). Macamana aku boleh tahu? Panjang ceritanya, tetapi hal ini adalah pasti.








next post : Kisah aku. Dulu-sekarang-kemudian. (sila klik tajuk ini)

1 comment:

  1. hi pujangga.keliru.. can i be your friend? me, male, age 30, melaka.. pls reply my email: morgana7580@gmail.com

    ReplyDelete