Saturday 7 January 2012

Pengenalan : gulungan kisah kehidupan



sememangnya manusia dilahirkan kemuka bumi ini, mereka ibarat kain putih suci bersih. Tiada cacat cela, tiada kekotoran.
Begitulah manusia. seawal kehidupan mereka, mereka lahir dengan LUMRAH.
Lumrah kejadian Ilahi.


Lumrah sebagai lelaki. Dimana, suatu masa, mereka akan memiliki nafsu terhadap perempuan. Itulah Lumrah.
aku seringkali mengeluh, kalaulah kembali kepada lumrah kejadian manusia begitu mudah. sememangnya aku akan berubah.


Aku adalah gay. tiada siapa pun tahu kecuali ALLAH.
Sebolehnya aku ingin mencari semangat untuk tidak memilih jalan Songsang. Aku inginkan keluarga. Aku sangat mengharapkan mungkin ada pembaca yang mampu memberikan aku kata-kata semangat.




Aku memiliki nafsu terhadap perempuan sejak berusia 12 tahun. Dulunya aku gemar melihat payudara perempuan. Seringkali aku meminjam majalah-majalah yang kakak aku selalu beli. Didalamnya terdapat iklan untuk membesarkan payudara. ohhhh.. itu yang aku selalu curi2 tengok lama2.hehe




Dari meningkat baligh pada usia 12 tahun, hati ini dah pandai jatuh cinta. Bila tengok perempuan yang aku suka, aku dah mula berdebar. Itu lah Lumrah. Lumrah kejadian aku sebagai lelaki. Dari kecil aku bukan gay. Aku memiliki keinginan terhadap perempuan. Aku suka perempuan.




Namun, bagaimana aku mula memiliki perasaan terhadap lelaki? Macamana perasaan dan keinginan terhadap kaum sejenis ini boleh wujud? Ini yang aku nak kongsikan dalam blog ni. Dan Ini yang akan aku cuba kupas sedikit demi sedikit.


Aku mula memiliki perasaan terhadap lelaki, apabila aku masuk sekolah berasrama. Padamulanya aku cuma fikir perkara ini naif, aku masih mentah, tak tahu apa, aku cuma biarkan diri aku melihat lelaki. Dibilik mandi, melihat badan-badan senior. Aku fikir perkara ini "do not harm me". Perkara ini sedikit demi sedikit meracuni fikiran aku, pada akhirnya, aku mulai suka terhadap lelaki. Dan yang lebih menyedikan, perasaan aku terhadap perempuan mulai hilang.


Dulunya aku suka perempuan. Tapi dalam masa tidak lebih 10 tahun sahaja, perasaan itu hilang. Sedikit demi sedikit. dan pada akhirnya, kini aku tiada nafsu terhadap perempuan. Walaupun sekarang saya sudah memiliki kekasih.


Menurusi blog ini, saya akan kongsikan


1. beberapa perempuan yang pernah saya minat dahulunya. #aku pernah minat perempuan


2. kisah di sekolah asrama. #aku dan asrama


3. Bagaimana saya berdepan dengan my girlfriend. #aku dan Dia














.......

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. TerBukti..income Paling LEBAT Dgn ROBOT Ini

    Apa yang dikatakan di laman nie betul belaka. Semuanya betul. Saya berbangga sekarang dapat menjadi seorang yang duduk di rumah tak buat apa-apa, takyah kerja lagi dah weh! Kalau anda tak mahu kerja lagi seumur hidup selepas ini dan duduk hidup senang lenang di rumah, download…. Jangan tak download!

    Pak Hamid
    Arau, Perlis

    Klik sini >> http://jutawanapp.blogspot.my


    Terima kasih

    ReplyDelete